DAPATKAN PEMBIAYAAN DI BANK SEHINGGA 90%
Jangan risau, sebarang permohonan pinjaman anda akan diuruskan dan dibantu oleh kami!
Hampir kesemua bank tempatan menawarkan pembiayaan pinjaman sehingga 90% dari harga semasa untuk unit kediaman di Springville ini. Rebutlah peluang ini untuk kehidupan anda yang lebih bermakna.
Untuk unit-unit kediaman di Springville, kami akan memberikan khidmat pengurusan pinjaman anda di hampir semua bank tempatan Malaysia. Di ketika ini harga pasaran setiap unit kediaman di Springville masih lagi di tahap sederhana iaitu harga pasaran di sekitar RM150K. Anda boleh memiliki unit kediaman ini dengan hanya memohon pembiayaan perumahan sehingga 90% dari nilai pasaran bank. Selebihnya 10% haruslah dibayar secara tunai atau melalui pengeluaran KWSP dari akaun II anda. Untuk memohon pinjaman bank, anda harus menyediakan dokumen yang lengkap seperti:
Jika anda bekerja:
1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
2. Slip gaji terkini 3 bulan.
3. Salinan KWSP terbaru.
4. Salinan EA Form atau borang J Income Tax anda.
5. Salinan Bank Statement untuk 3 bulan terkini.
Jika bekerja sendiri:
1. Salinan Borang 9, 24 dan 49 untuk Sendirian Berhad atau Borang A dan D untuk syarikat Enterprise.
2. Borang J Income Tax syarikat.
3. Salinan bank statement untuk 6 bulan terkini.
* Kami juga menguruskan perlantikan syarikat guaman untuk Sale & Purchase Agreement (S&P) anda.